Call Me Maybe
Sweeties Owner

Navigation : touch hover image

PLAY/PAUSE HERE :)

Diaries Owner Love

Hello peeps! Welcome to my blog :D






Tetap Dalam Jiwa

Yang berlalu tetaplah berlalu.
Bergerak pergilah dari mengingati kenangan.
Kenangan yang mengigit halus dinding hati.
Semoga tidak akhirnya.
Luka yang sembuh terluka semula.
Jiwa yang tenang berantakan semula.
Kadangkala takperlu 'semula' untuk bahagia.

Berbahagialah untuk nanti.
Tinggalkan 'semula'.
Semoga berbahagia. :)

Memori

Tiba-tiba terdetik di hati nak kemas bilik...

Semua barang aku selerakkan atas katil. Daripada sehelai baju sehingga sekeping kad kecil. Semuanya aku letak atas katil. Katil tak ubah seperti kapal karam, karam dilautan. Yang tinggal hanyalah apungan pakaian..

Aku sapu lantai,
Aku selerakkan almari,
aku keluarkan semua barang,
Termasuklah memori...
Eh.. memori?

Yes, memori.

Aku bukak kotak biru,
Aku lihat bunga yang dah layu,
Aku lihat frame yang di ukir nama kau dan aku.
Aku lihat ada gambar senyum kamu,
Ya, senyum malu malu kamu,
Yang tiba-tiba aku rindu.
Juga sebentuk cincin emas yang berikan masa ulangtahun aku dulu..

Aku ambil masa beberapa minit untuk ulang tayang kenangan yang mengulit. Dan aku tarik senyum akhirnya. Sekarang kau bakal temui bahagia. Kerana kau sudah punya teman senyum yang bakal bawa bahagia. Sedikitpun tak ada rasa sedih yang sepatutnya hadir. Rasa bangga dengan keputusan yang sama-sama kita cipta. Melepaskan juga kadang-kadang membawa bahagia.

Macam kita :)

Cuma...aku ada rasa sedikit sedih dan marah. Tak tegas dengan diri sendiri yang mudah beralih arah. Sepatutnya kotak itu tak patut aku buka. Sekarang mengulang memori bersama kau membuatkan aku lambat siap kerja -_-

Monolog Diri

Aku jalan sendiri, kenangan meratapi. Sayup sayup angin, masa silam menghantui. Masa berlari laju pantas meninggalkan aku. Tak dapat aku kejar, aku lemas dalam sendu. Potret wajahmu kembali membelenggu, senyuman terukir membuat aku buntu.

Apa patut aku buat?
Apa aku perlu ingat?
Sejarah masa lalu membuat aku membisu.
Terkatub; mulut bersuara kini kian senyap
Termaktub; memori lama kini makin lenyap dek kerana kata-kata seorang pujangga,
Yang berulang di corong kedua belah telinga.

Bayangan hitam tak dapat aku lupa, menjelma tiba-tiba meracau dalam minda. 
Idea disangkal,
Aku tak berakal.
Lama-lama fikir otak aku jadi sebel dehhhhh. 
Emosi aku terganggu, mengamuk tak menentu. 
Tunggu dulu, masih dalam prosedur  menunggu. Aku cuba padamkan satu persatu, hilang semua yang dulu prosess ganti yang baru. Kihkihkih.