Call Me Maybe
Sweeties Owner

Navigation : touch hover image

PLAY/PAUSE HERE :)

Diaries Owner Love

Hello peeps! Welcome to my blog :D






Memori

Tiba-tiba terdetik di hati nak kemas bilik...

Semua barang aku selerakkan atas katil. Daripada sehelai baju sehingga sekeping kad kecil. Semuanya aku letak atas katil. Katil tak ubah seperti kapal karam, karam dilautan. Yang tinggal hanyalah apungan pakaian..

Aku sapu lantai,
Aku selerakkan almari,
aku keluarkan semua barang,
Termasuklah memori...
Eh.. memori?

Yes, memori.

Aku bukak kotak biru,
Aku lihat bunga yang dah layu,
Aku lihat frame yang di ukir nama kau dan aku.
Aku lihat ada gambar senyum kamu,
Ya, senyum malu malu kamu,
Yang tiba-tiba aku rindu.
Juga sebentuk cincin emas yang berikan masa ulangtahun aku dulu..

Aku ambil masa beberapa minit untuk ulang tayang kenangan yang mengulit. Dan aku tarik senyum akhirnya. Sekarang kau bakal temui bahagia. Kerana kau sudah punya teman senyum yang bakal bawa bahagia. Sedikitpun tak ada rasa sedih yang sepatutnya hadir. Rasa bangga dengan keputusan yang sama-sama kita cipta. Melepaskan juga kadang-kadang membawa bahagia.

Macam kita :)

Cuma...aku ada rasa sedikit sedih dan marah. Tak tegas dengan diri sendiri yang mudah beralih arah. Sepatutnya kotak itu tak patut aku buka. Sekarang mengulang memori bersama kau membuatkan aku lambat siap kerja -_-